Terus ke alat semakan

Tool Percuma · Al Fatih Studio

Website Health Checker Malaysia

Semak keselamatan, kelajuan dan SEO website anda dalam beberapa saat. Dapat skor 0 hingga 100 dan senarai isu yang perlu dibaiki. Percuma dan tanpa daftar.

Keselamatan, kelajuan & SEOSkor 0-100Tanpa login
Semak website sekarang

Free website health check, no signup needed.

Semak website anda

Masukkan alamat website, kemudian tekan “Semak Sekarang”. Biasanya mengambil 5 hingga 15 saat.

Apa yang kami semak

Empat kategori, satu skor yang mudah difahami.

Keselamatan

Adakah website anda selamat untuk pelawat?

  • HTTPS dan lencongan http ke https
  • Sijil SSL sah dan tarikh tamat
  • HSTS dan header keselamatan
  • Kandungan campur (mixed content)

Kelajuan

Website yang perlahan menghilangkan pelanggan.

  • Masa respons pelayan
  • Mampatan dan saiz halaman
  • Google PageSpeed mobile
  • LCP, CLS dan TBT

SEO

Boleh dijumpai di Google?

  • Title, meta description dan H1
  • Canonical, sitemap dan robots.txt
  • Mesra mobile dan Open Graph
  • Tiada noindex yang tersilap

Teknikal

Asas yang sering terlepas pandang.

  • Versi WordPress dan PHP
  • www atau bukan-www
  • Favicon dan bahasa halaman
  • Sejarah lencongan

Bagaimana ia berfungsi

Tiga langkah, tanpa memasang apa-apa.

01

Masukkan domain

Taip alamat website, contohnya contoh.com. Tidak perlu akses atau kata laluan.

02

Lihat skor serta-merta

Skor keseluruhan, skor setiap kategori dan tajuk tiga isu teratas dipaparkan terus.

03

Dapatkan laporan penuh

Isi nama, telefon dan e-mel untuk butiran, sebab ia penting dan cara membaiki. Laporan turut dihantar ke e-mel anda.

Soalan lazim

Jawapan ringkas sebelum anda mula.

Apa itu Website Health Checker?

Alat percuma yang menyemak kesihatan sesuatu website daripada empat sudut: keselamatan, kelajuan, SEO dan teknikal. Anda mendapat skor 0 hingga 100 serta senarai isu yang perlu dibaiki, dalam bahasa Melayu yang mudah difahami.

Adakah alat ini percuma dan perlu daftar akaun?

Percuma. Skor keseluruhan, skor setiap kategori dan tajuk tiga isu teratas dipaparkan terus tanpa daftar. Untuk melihat butiran penuh, sebab ia penting dan cara membaikinya, anda hanya perlu mengisi nama, nombor telefon dan e-mel. Laporan penuh turut dihantar ke e-mel anda.

Apakah yang disemak?

Keselamatan (HTTPS, sijil SSL, header keselamatan, kandungan campur), kelajuan (masa respons, mampatan, saiz halaman dan skor Google PageSpeed mobile), SEO (title, meta description, H1, canonical, sitemap, robots.txt, Open Graph) dan teknikal (versi WordPress dan PHP, www atau bukan-www, favicon).

Adakah semakan ini boleh merosakkan atau menggodam website saya?

Tidak. Semakan bersifat pasif: alat hanya membaca halaman utama, robots.txt dan sitemap yang memang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, seperti pelayar biasa. Tiada log masuk, tiada cubaan menembusi dan tiada perubahan dibuat pada website anda.

Kenapa skor kelajuan berbeza dengan alat lain?

Skor kelajuan diukur oleh Google PageSpeed Insights menggunakan ujian mobile makmal. Keputusan boleh berbeza sedikit antara ujian bergantung pada rangkaian dan beban pelayan ketika itu. Gunakan skor ini sebagai panduan arah, bukan angka mutlak.

Bagaimana maklumat saya digunakan?

Nama, nombor telefon dan e-mel anda digunakan untuk menghantar laporan dan untuk kami menghubungi anda berkaitan pembaikan website jika anda bersetuju. Anda boleh meminta data dipadam pada bila-bila masa dengan menghubungi kami. Lihat Dasar Privasi untuk butiran.

Boleh bantu baiki isu yang ditemui?

Boleh. Pasukan Alfatih Studio membaiki isu keselamatan, kelajuan dan SEO, serta menyediakan pakej penyelenggaraan berterusan. Perbincangan awal percuma dan tanpa komitmen.

Skor rendah? Kami boleh bantu baiki.

Pasukan Alfatih Studio membaiki isu keselamatan, kelajuan dan SEO, serta menjaga website anda selepas itu. Perbincangan awal percuma.